Polisi Penghantaran
Pengiraan Caj Penghantaran
Negeri | Kadar Tetap | Caj Berubah |
---|---|---|
Lembah Klang/Selangor | RM400 | RM0.20/KG |
N.Sembilan | RM500 | RM0.30/KG |
Johor | RM600 | RM0.30/KG |
Perak | RM500 | RM0.30/KG |
Pahang | RM600 | RM0.30/KG |
Penang | RM600 | RM0.30/KG |
Kedah | RM600 | RM0.30/KG |
Perlis | RM900 | RM0.30/KG |
Terengganu | RM1000 | RM0.30/KG |
Kelantan | RM1000 | RM0.30/KG |
Tempoh Masa Penghantaran
Pesanan akan diproses dan dihantar dalam masa 1-3 hari bekerja selepas pengesahan pembayaran.
Kaedah Penghantaran
Pengangkutan yang disediakan sendiri oleh pihak BSE Plantation Sdn Bhd/Pengangkutan Pihak Ketiga yang disediakan oleh pihak BSE Plantations Sdn Bhd/Pengangkutan yang disediakan sendiri oleh pelanggan
Lokasi Penghantaran
Kami menyediakan pengangkutan di Semenanjung Malaysia. Caj lebihan pengangkutan akan dikenakan untuk lokasi di luar Lembah Klang.
Caj Penghantaran
Nikmati penghantaran standard kami berdasarkan berat dan destinasi pesanan anda dengan kadar istimewa iaitu RM0.20/KG untuk pesanan di Lembah Klang.
Untuk lokasi di luar Lembah Klang, bayaran untuk penghantaran akan dikira semasa pembayaran dibuat, berdasarkan berat dan destinasi pesanan anda.
Pengecualian Penghantaran
Sekiranya berlaku pakej yang tidak dapat dihantar kerana maklumat penghantaran pelanggan yang kurang tepat, ia akan dikembalikan ke kemudahan kami. Pelanggan akan dimaklumkan dengan sewajarnya. Untuk mengekalkan kualiti dan kesegaran hasil kami; Pelanggan perlu membuat pesanan semula dan tiada pembayaran balik (refund) akan dilakukan. Sebarang penghantaran semula boleh diatur dengan bayaran tambahan.
Sekiranya pakej yang tidak dihantar adalah akibat daripada kesilapan syarikat kami; Ia akan dikembalikan ke kemudahan kami dan pelanggan akan dimaklumkan dengan sewajarnya dan penghantaran semula akan diatur tanpa bayaran tambahan yang diperlukan dari pelanggan.
Rakan Penghantaran
Penghantaran kami dipenuhi oleh kurier tempatan yang dipercayai untuk penghantaran yang selamat dan tepat pada masanya.
Tandatangan Semasa Penghantaran
Pesanan mungkin memerlukan tandatangan semasa penghantaran untuk tujuan keselamatan.
Pulangan Pakej Yang Tidak Dihantar
Sekiranya pakej tidak dapat dihantar atau diserahkan, ia akan dikembalikan ke kemudahan kami. Pelanggan akan dimaklumkan, dan penghantaran semula boleh diatur dengan bayaran tambahan.